December 14, 2012

Masuk mahkamah sebab lembu



Gara-gara loceng lembu, seorang penerbit buku Britain dihadapkan ke mahkamah Perancis oleh jirannya yang mendakwa bunyi bising daripada loceng itu itu melanggar hak asasinya untuk hidup dengan aman dan damai.

Jirannya seorang warganegara Perancis membuat aduan itu selepas tidurnya sering terganggu oleh bunyi bising daripada loceng lembu tersebut.

Semuanya bermula selepas jirannya itu mula berpindah di sebelah ladang lelaki itu pada 2010 sedangkan ladang lembutu dah wujud sejak 2006.

Huh.memang nak kena tinggal sebelah hospital la diani kan.x boleh tolak ansur

Lelaki Britain tu kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak 4,000 pound (RM19,673) sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada jirannya.

Penerbit Britain itu membela sebanyak 150 ekor lembu di sebuah ladang seluas 20 hektar dengan memakaikan lembu-lembunya dengan loceng.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.hehe


Konflik dua orang ni juga menarik minat 4,000 orang ramai untuk menandatangani petisyen bagi menyokong usaha masing-masing dalam mempertahankan hak mereka.

P/S aku memang berazam nak ternak lembu.tapi modal tinggi

No comments:

Post a Comment