December 04, 2012

Masak telur 2 minit tanpa rebus??




BUNYINYA agak mustahil.tapi itulah yang berlaku apabila pelabur dari Rusia, KIAN melabur dalam satu projek diberi nama Gogol Mogol.

Ia mampu memasak telur dalam bekas unik yang diperbuat daripada kadbod yang biasanya digunakan sebagai bekas telur dan memasaknya menerusi tindak balas kimia.

Namun, bahan kimia dimaksudkan adalah selamat iaitu penggunaan kalsium hidroksida yang bertindak balas dengan air sekali gus menghasilkan haba.

Di bawah kadbod pula terdapat lapisan membran dan catalyst yang mengasingkan bahan-bahan yang bertindak sebagai penghasil haba.

Cara memasaknya pula hanya masukkan telur dan tutup bekas itu kerana akan berlaku tindak balas kimia sekali gus telur akan mula dimasak.

Tetapi sayangnya, Gogol Mogol hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Dan Untuk pengetahuan anda, masih belum ada syarikat makanan yang berani untuk memasarkan produk menarik ini.

2 comments: