January 10, 2013

Aksi gila bila kantoi speedtrap



Bayangkan macamana agaknya reaksi kita bila ternampak abang polis kat bawah jambatan dan pokok yang tengah tembak speed trap yerr

Tentu kita gelabah habis kan dengan terus perlahankan pemanduan ikut peraturan had laju yang ditetapkan.

Tapi jangan buat secara mengejut plakyer...bahaya esp orang kat belakang.

Aku nak kongsi sikit apa yang berlaku kat Londonni.



Seorang pemandu kereta mewah yang gagal mengesan kehadiran polis yang buat speed trap telah membuat aksi berbahaya khasnya kepada org kat belakang dia.

Bayangkan, kereta Porsche yang dia bawak pada kelajuan 103 kms dapat dikurangkan ke 20 kms dalam masa 3 saat.

Memang makan asapla orang kat belakang dia.Kebetulan, masa polis tembak, pemandutu sedang potong sekumpulan penunggang motosikal yang sedang belajar motosikal.

Bukan sahaja makan asap rider tu,malah aksi pemandutu memang bahayakan diorang.



Tapi,buat salah tetap dapat padahnya.

Lelaki tu baru-baruni digantung lesennya selama 6 bulan dan didenda sebanyak 815 pound (RM3,971).Serve you right la kan....

December 18, 2012

Ramalan kiamat kaum Maya Jumaat ini


Ramai sebenarnya yang ambil pusing tentang ramalan kiamat kaum Mayani.21/12/2012 hari Jumaat itulah hari yang mereka ramalkan.

Namun sebagai umat Islam, kita tak boleh nak percaya benda2 sebegini sebab kita telah diajar bagaimana kiamatni akan berlaku iaitu ia bermula dengan tanda kiamat kecil dan besar.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah tindakan sebuah syarikat kat Amerika yang membina sebuah tempat perlindungan kalis bom mewah bawah tanah berbentuk tiub di California.

Tiub yang katanya kalis bom


Tempattu dibina lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti sofa, tempat tidur, dapur, tandas termasuk tv plasma.

Harga tiubtu pula dijual pada harga RM227,396 setiap satu.

Menariknya, pembuat tiubtu mendakwa dah banyak menerima tempahan khasnya dari penduduk Amerika yang takut mati sejak dia mula buat tiubtu beberapa tahun lepas.

Serba lengkap


Tapi kalau tengok reaksi orang ramai, banyak yang mempertikaikan tiubni sebab ia still bergantung kepada tenaga elektrik dan masih ada beberapa kelemahan lain yang boleh sebabkan pemiliknya tetap akan mati.

Apapun, kita sebagai umat Islam kena yakin yang mati itu pasti dirasai setiap insan.

December 14, 2012

Masuk mahkamah sebab lembu



Gara-gara loceng lembu, seorang penerbit buku Britain dihadapkan ke mahkamah Perancis oleh jirannya yang mendakwa bunyi bising daripada loceng itu itu melanggar hak asasinya untuk hidup dengan aman dan damai.

Jirannya seorang warganegara Perancis membuat aduan itu selepas tidurnya sering terganggu oleh bunyi bising daripada loceng lembu tersebut.

Semuanya bermula selepas jirannya itu mula berpindah di sebelah ladang lelaki itu pada 2010 sedangkan ladang lembutu dah wujud sejak 2006.

Huh.memang nak kena tinggal sebelah hospital la diani kan.x boleh tolak ansur

Lelaki Britain tu kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak 4,000 pound (RM19,673) sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada jirannya.

Penerbit Britain itu membela sebanyak 150 ekor lembu di sebuah ladang seluas 20 hektar dengan memakaikan lembu-lembunya dengan loceng.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.hehe


Konflik dua orang ni juga menarik minat 4,000 orang ramai untuk menandatangani petisyen bagi menyokong usaha masing-masing dalam mempertahankan hak mereka.

P/S aku memang berazam nak ternak lembu.tapi modal tinggi

December 06, 2012

Hotel diperbuat daripada salji destinasi cuti sekolah

Inilah Kemi SnowCastle



Sebuah hotel kat Finland menawarkan percutian unik buat mereka yang ingin merasai kelainan terutamanya masa cuti sekolahni.

Hotel itu unik sebab ia menawarkan bilik hotel termasuk untuk mereka yang sedang berbulan madu serta restoran yang diperbuat daripada salji.

Meja restoran pula diperbuat daripada ais dan kerusinya pula dilapik dengan kulit rusa.

Ruang restoran yang cool


Sebanyak 60 pekerja diupah untuk membina hotelni dengan menggunakan salji yang dibawa sebanyak 2100 buah lori.

Fuh!!! marvelous, tapi jangan bimbang, walaupun bunyinya mcm hoteltu terlalu sejuk,tapi ia bukan seperti yang disangkakan sebab ia turut menggunakan pelbagai acuan supaya orang yang ada di dalamnya x begitu sejuk.

Malah, bagi pasangan yang nak berkahwin dan inginkan kelainan pada majlis mereka juga boleh buat majlis perkahwinan itu kat hotel ini.

Alangkah indahnya dunia.....

Bilik hotelni.sesuai untuk yang berbulan madu.huhu

Panggilan Hangit buat hospitalkena marah dengan Queen??

Baruje sah mengandung...mcmni sekali liputan media Britain di Hospital King Edward...HUH.dahsyat




Oleh kerana terlalu percaya akan suara dari telefon. Sebuah hospital yang menempatkan isteri  Putera William, Catherine@Kate Middleton di London mengaku `menjadi mangsa’ panggilan palsu  daripada sebuah stesen radio Australia.

Nasib badan lah oi..tapi memang nakalla DJ tu.

Adaka patut diorang yang dari stesen 2Day FM di Sydney  itu menyamar sebagai Queen Elizabeth II  dan bapa William, Putera Charles?

Nila DJ yang menyamar sebagai Queen.HuHu


Nasibla nurse tu...terberi juga maklumat sulit Catherine yang  dimasukkan hospital kerana mabuk hamil.

X pasal2 pihak Istana dah marah hospital.Sabojela

P/S:mujur x pernah terima panggilan hangit lagi 

December 05, 2012

Blackberry terbakar sendiri?


Pasti ramai pengguna telefon pintar ini sukar mempercayainyakan?


Dah percaya!!memang rugi tu


Tapi itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak Britain berusia 11 tahun selepas Blackberry model Curve 9320 kepunyaan abangnya secara tiba-tiba meletup dan membakar tempat tidurnya.

Telefon yang baru beberapa hari dibeli itu terlebih dahulu dicaj di ruang tamu dan ibu mangsa meletakkan telefon itu di atas tilam sebelum ia secara tiba-tiba meletup.

Lebih malang, plastik telefon itu mengenai kaki kanak-kanak itu sekali gus menyebabkannya mengalami melecur yang teruk.

Kecik2 cili padi,dah besar terbakar cadar.huhu


Kanak-kanak itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Universiti di Coventry untuk mendapatkan rawatan.

Kini, keluarga itu menuntut Blackberry 9320 dikembalikan daripada pasaran UK. Baguslah kalau betul.

Soalnya,aku ingat Nokia je yang boleh buat hal mcmni.Telefon pintarpun sama.huhuhu

Masa untuk terbang dengan motosikal!!

Stylo tu kalau bawa kat Malaysia



DARI aku kecil dulu, banyak dah kartun atau rancangan yang siarkan contohnya itula keadaan pada masa 2020 iaitu bila negara kita mencapai status negara maju.

Aku ingat itu hanyalah khayalan semata-mata apatah lagi jumlah kenderaan yang ada di Malaysia dah semakin banyak.Malas tul nak rempuh trafik jam.

Tapi tahukah anda ada seorang warga amerikani dah cipta  sebuah motosikal  tiga roda yang boleh terbang sejauh beberapa kilometer.

Pemilik motosikal tu, Larry Neal menggelarkan motosikalnya yang berkuasa 582 cc itu sebagai super sky cycle dan ada tiga kipas dengan panjang bilah 1.7 meter.

Bunyinya agak menarikkan, memangla motortu sebenarnya mampu terbang pada  jarak 56.3 kilometer sejam  dan mendarat di kawasan seluas  enam meter.

Boleh bawa g pam minyak jugak


Dah tentu aku yang akan duduk kat semenyih tak lama lagi gembira dengan beritani.malastu nak layan jam dan sikap `gila' pemandu Malaysia.

Tapi arga dia yang cecah RM230 k buatkan hasrat aku terbantut terus.

Tapi berbaloi2tu pada yg mampu.Motosikaltu boleh terbang selama lima jam untuk full tank tapi untuk yg ada lesen kapal terbangjela.huhu

P/S:dengar kata Neal dah dapat kebenaran untuk hasilkan lebih banyak moto terbangni.