December 18, 2012

Ramalan kiamat kaum Maya Jumaat ini


Ramai sebenarnya yang ambil pusing tentang ramalan kiamat kaum Mayani.21/12/2012 hari Jumaat itulah hari yang mereka ramalkan.

Namun sebagai umat Islam, kita tak boleh nak percaya benda2 sebegini sebab kita telah diajar bagaimana kiamatni akan berlaku iaitu ia bermula dengan tanda kiamat kecil dan besar.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah tindakan sebuah syarikat kat Amerika yang membina sebuah tempat perlindungan kalis bom mewah bawah tanah berbentuk tiub di California.

Tiub yang katanya kalis bom


Tempattu dibina lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti sofa, tempat tidur, dapur, tandas termasuk tv plasma.

Harga tiubtu pula dijual pada harga RM227,396 setiap satu.

Menariknya, pembuat tiubtu mendakwa dah banyak menerima tempahan khasnya dari penduduk Amerika yang takut mati sejak dia mula buat tiubtu beberapa tahun lepas.

Serba lengkap


Tapi kalau tengok reaksi orang ramai, banyak yang mempertikaikan tiubni sebab ia still bergantung kepada tenaga elektrik dan masih ada beberapa kelemahan lain yang boleh sebabkan pemiliknya tetap akan mati.

Apapun, kita sebagai umat Islam kena yakin yang mati itu pasti dirasai setiap insan.

December 14, 2012

Masuk mahkamah sebab lembu



Gara-gara loceng lembu, seorang penerbit buku Britain dihadapkan ke mahkamah Perancis oleh jirannya yang mendakwa bunyi bising daripada loceng itu itu melanggar hak asasinya untuk hidup dengan aman dan damai.

Jirannya seorang warganegara Perancis membuat aduan itu selepas tidurnya sering terganggu oleh bunyi bising daripada loceng lembu tersebut.

Semuanya bermula selepas jirannya itu mula berpindah di sebelah ladang lelaki itu pada 2010 sedangkan ladang lembutu dah wujud sejak 2006.

Huh.memang nak kena tinggal sebelah hospital la diani kan.x boleh tolak ansur

Lelaki Britain tu kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak 4,000 pound (RM19,673) sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada jirannya.

Penerbit Britain itu membela sebanyak 150 ekor lembu di sebuah ladang seluas 20 hektar dengan memakaikan lembu-lembunya dengan loceng.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.hehe


Konflik dua orang ni juga menarik minat 4,000 orang ramai untuk menandatangani petisyen bagi menyokong usaha masing-masing dalam mempertahankan hak mereka.

P/S aku memang berazam nak ternak lembu.tapi modal tinggi

December 06, 2012

Hotel diperbuat daripada salji destinasi cuti sekolah

Inilah Kemi SnowCastle



Sebuah hotel kat Finland menawarkan percutian unik buat mereka yang ingin merasai kelainan terutamanya masa cuti sekolahni.

Hotel itu unik sebab ia menawarkan bilik hotel termasuk untuk mereka yang sedang berbulan madu serta restoran yang diperbuat daripada salji.

Meja restoran pula diperbuat daripada ais dan kerusinya pula dilapik dengan kulit rusa.

Ruang restoran yang cool


Sebanyak 60 pekerja diupah untuk membina hotelni dengan menggunakan salji yang dibawa sebanyak 2100 buah lori.

Fuh!!! marvelous, tapi jangan bimbang, walaupun bunyinya mcm hoteltu terlalu sejuk,tapi ia bukan seperti yang disangkakan sebab ia turut menggunakan pelbagai acuan supaya orang yang ada di dalamnya x begitu sejuk.

Malah, bagi pasangan yang nak berkahwin dan inginkan kelainan pada majlis mereka juga boleh buat majlis perkahwinan itu kat hotel ini.

Alangkah indahnya dunia.....

Bilik hotelni.sesuai untuk yang berbulan madu.huhu

Panggilan Hangit buat hospitalkena marah dengan Queen??

Baruje sah mengandung...mcmni sekali liputan media Britain di Hospital King Edward...HUH.dahsyat




Oleh kerana terlalu percaya akan suara dari telefon. Sebuah hospital yang menempatkan isteri  Putera William, Catherine@Kate Middleton di London mengaku `menjadi mangsa’ panggilan palsu  daripada sebuah stesen radio Australia.

Nasib badan lah oi..tapi memang nakalla DJ tu.

Adaka patut diorang yang dari stesen 2Day FM di Sydney  itu menyamar sebagai Queen Elizabeth II  dan bapa William, Putera Charles?

Nila DJ yang menyamar sebagai Queen.HuHu


Nasibla nurse tu...terberi juga maklumat sulit Catherine yang  dimasukkan hospital kerana mabuk hamil.

X pasal2 pihak Istana dah marah hospital.Sabojela

P/S:mujur x pernah terima panggilan hangit lagi 

December 05, 2012

Blackberry terbakar sendiri?


Pasti ramai pengguna telefon pintar ini sukar mempercayainyakan?


Dah percaya!!memang rugi tu


Tapi itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak Britain berusia 11 tahun selepas Blackberry model Curve 9320 kepunyaan abangnya secara tiba-tiba meletup dan membakar tempat tidurnya.

Telefon yang baru beberapa hari dibeli itu terlebih dahulu dicaj di ruang tamu dan ibu mangsa meletakkan telefon itu di atas tilam sebelum ia secara tiba-tiba meletup.

Lebih malang, plastik telefon itu mengenai kaki kanak-kanak itu sekali gus menyebabkannya mengalami melecur yang teruk.

Kecik2 cili padi,dah besar terbakar cadar.huhu


Kanak-kanak itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Universiti di Coventry untuk mendapatkan rawatan.

Kini, keluarga itu menuntut Blackberry 9320 dikembalikan daripada pasaran UK. Baguslah kalau betul.

Soalnya,aku ingat Nokia je yang boleh buat hal mcmni.Telefon pintarpun sama.huhuhu

Masa untuk terbang dengan motosikal!!

Stylo tu kalau bawa kat Malaysia



DARI aku kecil dulu, banyak dah kartun atau rancangan yang siarkan contohnya itula keadaan pada masa 2020 iaitu bila negara kita mencapai status negara maju.

Aku ingat itu hanyalah khayalan semata-mata apatah lagi jumlah kenderaan yang ada di Malaysia dah semakin banyak.Malas tul nak rempuh trafik jam.

Tapi tahukah anda ada seorang warga amerikani dah cipta  sebuah motosikal  tiga roda yang boleh terbang sejauh beberapa kilometer.

Pemilik motosikal tu, Larry Neal menggelarkan motosikalnya yang berkuasa 582 cc itu sebagai super sky cycle dan ada tiga kipas dengan panjang bilah 1.7 meter.

Bunyinya agak menarikkan, memangla motortu sebenarnya mampu terbang pada  jarak 56.3 kilometer sejam  dan mendarat di kawasan seluas  enam meter.

Boleh bawa g pam minyak jugak


Dah tentu aku yang akan duduk kat semenyih tak lama lagi gembira dengan beritani.malastu nak layan jam dan sikap `gila' pemandu Malaysia.

Tapi arga dia yang cecah RM230 k buatkan hasrat aku terbantut terus.

Tapi berbaloi2tu pada yg mampu.Motosikaltu boleh terbang selama lima jam untuk full tank tapi untuk yg ada lesen kapal terbangjela.huhu

P/S:dengar kata Neal dah dapat kebenaran untuk hasilkan lebih banyak moto terbangni.

December 04, 2012

Masak telur 2 minit tanpa rebus??




BUNYINYA agak mustahil.tapi itulah yang berlaku apabila pelabur dari Rusia, KIAN melabur dalam satu projek diberi nama Gogol Mogol.

Ia mampu memasak telur dalam bekas unik yang diperbuat daripada kadbod yang biasanya digunakan sebagai bekas telur dan memasaknya menerusi tindak balas kimia.

Namun, bahan kimia dimaksudkan adalah selamat iaitu penggunaan kalsium hidroksida yang bertindak balas dengan air sekali gus menghasilkan haba.

Di bawah kadbod pula terdapat lapisan membran dan catalyst yang mengasingkan bahan-bahan yang bertindak sebagai penghasil haba.

Cara memasaknya pula hanya masukkan telur dan tutup bekas itu kerana akan berlaku tindak balas kimia sekali gus telur akan mula dimasak.

Tetapi sayangnya, Gogol Mogol hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Dan Untuk pengetahuan anda, masih belum ada syarikat makanan yang berani untuk memasarkan produk menarik ini.

Duke dan Duchess of Cambridge bakal timang cahaya mata

                                                 Pasangan merpati sejoli



SELEPAS hampir dua tahun berkahwin, akhirnya pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton bakal menimang cahaya mata.


Tahniah buat pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu sebab sebelumni kemampuan Middleton untuk melahirkan zuriat yang bakal ditabalkan sebagai pewaris takhta United Kingdom sering dipertikaikan.


Soal jantina pula x penting sebab Ratu Elizabeth II pernah bertitah sbeelumni,tanpa mengira jantina,anak pertama pasangan itu tetap ditabalkan sebagai pewaris takhta kerajaan UK walaupun seorang perempuan.


Mungkin itu ada hikmah juga dari lawatan pasangan itu ke Asia Tenggara baru-baru ini termasuk melawat Malaysia.




  Middleton agak manis ketika memakai tudung semasa melawat masjid KLCC



Bagaimanapun menurut laporan, Middleton tidak mengalami tempoh mengandung yang mudah walaupun baru memasuki peringkat permulaan.


Beliau sampai dimasukkan ke hospital sebab mabuk teruk dan dijangka menerima rawatan di hospital untuk beberapa hari lagi.


Apapun tahniah buat pasangan itu...


Kucing paling jinak

Satu tinjauan yang dilakukan sebuah institusi pendidikan di Paris tentang kucing yang paling jinak mendapati Sphynx, seekor kucing kurang mempunyai bulu merupakan spesies kucing yang paling mesra kepada sesiapa yang ditemuinya.

Memangla,kucingtu pun mahal harganya mencecah 3,000 pound seekor atau RM14,324.aku memang x mampu.sebab lebih baik simpan duittu guna beli moto baru.hehe





apapun,kucing baka tempatan nampaknya langsung x mesra alam selepas mendapat markah paling rendah.

menurut pakar, kucing daripada baka yang baik adalah lebih jinak berbanding kucing baka bukan baik (kucing tempatan) yang tidak suka dibelai dan selalu mengabaikan tuannya.


ini senara kucing paling jinak menurut kajian tu:

1. The Sphynx 
2. Maine Coons 
3. Persians
4. Birmans, Somalis, Siamese, Russian blues and exotic shorthairs were all ranked fourth
5. The domestic shorthair - or the common moggy - scored lowest

November 05, 2012

Sakit Tiga Serangkai



Sakit Tiga Serangkai



Seksanya keje malam harini.hingus x henti2 keluar.kepala pening dan batuk turut menyerang.tapi aku gagahkan juga kerja

tugas wajib aku malam spt biasa aku pantau perkembangan semasa yg berlaku di seluruh dunia.
bende yang agak menjengkelkan aku bila aku baca kisah seorang bapa sanggup rakam anak dara dia masa tengah mandi.ntah apa nak jadi manusia skrg. rasa terkilan.nasib agensi beritatu xdedahkan nama suspek.apapun, padan dengan suspek kena penjara 5 bulan


berita yg menyedihkan aku, pembunuhan di Syria terus menjadi2.pemberontak letupkan bom kereta dekat pos tentera dekat bandar Hama,50 tentera Assad mati.x lama pastu,ada lagi letupan,kat bandar Harem.20 pemberontak plak mati.ntah apa nak jadi lah.nyawa manusia dah macam xde harga.


sebabtu aku suka kalau nak buat pembaharuan sekalipun, biarlah guna cara diplomasi dan bukan kekerasan waima kat Malaysia.peace....

Selamat Datang ke dunia Blog Zaid

aku masih bertatih dalam dunia blog.minta tunjuk ajar.aku berminat untuk share hal ehwal semasa dunia kat blogni.terutamanya,pasukan kegemaran aku, Arsenal FC