December 04, 2012

Duke dan Duchess of Cambridge bakal timang cahaya mata

                                                 Pasangan merpati sejoli



SELEPAS hampir dua tahun berkahwin, akhirnya pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton bakal menimang cahaya mata.


Tahniah buat pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu sebab sebelumni kemampuan Middleton untuk melahirkan zuriat yang bakal ditabalkan sebagai pewaris takhta United Kingdom sering dipertikaikan.


Soal jantina pula x penting sebab Ratu Elizabeth II pernah bertitah sbeelumni,tanpa mengira jantina,anak pertama pasangan itu tetap ditabalkan sebagai pewaris takhta kerajaan UK walaupun seorang perempuan.


Mungkin itu ada hikmah juga dari lawatan pasangan itu ke Asia Tenggara baru-baru ini termasuk melawat Malaysia.




  Middleton agak manis ketika memakai tudung semasa melawat masjid KLCC



Bagaimanapun menurut laporan, Middleton tidak mengalami tempoh mengandung yang mudah walaupun baru memasuki peringkat permulaan.


Beliau sampai dimasukkan ke hospital sebab mabuk teruk dan dijangka menerima rawatan di hospital untuk beberapa hari lagi.


Apapun tahniah buat pasangan itu...


No comments:

Post a Comment